iLovePalestine.com SALAM PEMUDA

Sabtu, 29 November 2008

Wasiat 4 Khalifah

Keempat-empat khalifah yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.



Syd. Abu Bakar rha. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu: Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk ke! jahatan pula. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.


Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.


Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basa! h dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa). Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu ererti hatinya mati. "


Sekian buat renungan bersama

Permaisuriku (Zulfan)

Di kamar hati putik cinta bersemi
Mahligai bahagia impian kekasih
Bersendikan syariat bertunjangkan sunnah
Kini dirimu telah kumiliki

Engkau isteri penghibur di jiwaku
Pendorong tika ku tersesat di jalanan
Ibarat tongkat pembantu si buta
Menyeberangi jalan tiada pimpinan

Engkaulah ratu di hati menjadi penyeri teman di kala ku kesunyian
Kerna dirimu dimahkotakan isteri yang solehah
Menjaga maruah diri dan keluarga jua suami tercinta
Berkorban jiwa raga demi mendapat redha tuhannya

Sungguhku mengagumi ketabahan, kesabaran yang kau pertahankan
Mencorak mendidik cahaya mata agar taat padaNYA
Di saat diriku kebuntuan kau penghapus segala kelemahan
Membakari obor keyakinan demi suami tersayang

Tuhan ku pohon rahmat dariMu
Agar ikatan kami ke syurga yang abadi
Di sulam kemesraan bahagia berpanjangan
Hingga ke hujung nyawa ku pasrahkan
Dikau permaisuriku selamanya

Lirik : Zulfan collection
Lagu : Abang Am

Kata-kata Sayidina Abu Bakar As-Siddiq

  • Pilihlah kawan yang baik kepeda mereka kerana kawan mempengaruhi akhlak mereka.
  • Pilihlah wanita solihah untuk menyusui mereka kerana penyusuan membentuk perasaan dan jiwa anak.
  • Ajarlah anak supaya malu melakukan kejahatan.
  • Jangan biarkan anak terlalu banyak makan kerana ia akan banyak tidur dan malas.
  • Perhatikan dia makan, jangan biarkan dia mengambil makanan yang jauh sebelum mengambil makanan yang dekat terlebih dahulu kerana ia mempusakai sikap tamak.
  • Jangan biasakan anak dengan sutera kerana ia akan jadi seorang yang takbur apabila dewasa.
  • Bimbinglah mereka dengan Al- Quran.
  • Ceritalah kepada mereka dengan cerita-cerita orang yang solih supaya mereka meniru dan menjadikan contoh apabila dewasa kelak.
  • Jangan ajarkan mereka perkara yang membawa kepada keasyikan kepada wanita dan cinta.
  • Puji kebaikan di hadapan orang ramai supaya dia dapat mengekalkan perbuatan baik itu.
  • Ajarilah anak supaya hormati ayah dan takutkan mereka dengan hukuman apabila melakukan kesalahan.
  • Ajarilah mereka riadah kerana riadah akan membentuk jati diri apabila dewasa.
  • Jangan biarkan mereka membuka aurat.
  • Jangan biasakan anak dengan emas.
  • Jangan biasakan mereka banyak tidur pada waktu siang kerana ianya mempusakai sikap malas.
  • Jangan letak tangan di bawah dagu kerana mereka akan mempusakai sifat malas berusaha.
  • Jangan ajar mereka bersumpah kerana mereka akan berani melakukan kejahatan. (Biasanya ibu anak mempercayai sumpah anak).
  • Jangan marahkan guru memukul anak untuk perkara kebaikan.
  • Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
  • Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
  • Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina Abu Bakar As-Siddiq
  • Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
  • Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
  • Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
  • Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
  • Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

SIFAT-SIFAT WANITA AHLI SYURGA

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga? Sebuah hadis Nabi menyatakan:

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.


Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:


"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.


Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.


Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:


"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Jumaat, 31 Oktober 2008

NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK TERAGUNG

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
  • Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
  • Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
  • Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
  • Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
  • Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
  • Wajahnya seperti bulan purnama
  • Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
  • Rambutnya sedikit ikal
  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
  • Rambutnya terbelah di tengah
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
  • Seimbang antara kedua bahunya
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
  • Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
  • Warna kulitnya putih tapi sehat
  • Kulitnya putih lagi bercahaya
    Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
  • Badannya tidak gemuk
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
    Perutnya tidak buncit
  • Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
  • Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw. Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


MORAL & IKTIBAR

  • Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
  • Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
  • Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
  • Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
  • Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya

Ahad, 26 Oktober 2008

SAHABAT...

Siapakah yang dikatakan sahabat?
Adakah perlu dia kaya dan segak,
Apakah perlu dia pandai mengambil hati,
Mestikah dia tidak mementingkan diri-sendiri,


Atau,

Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya,
Satu halatuju dan matlamat yang selari,
Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya,


Atau,

Adakah orang yang dapat gembira dan duka bersama,
Membantu bila sahabatnya kesusahan,


Atau,

Seorang sahabat ialah orang yang
Menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah.
Dia menegur apabila sahabatnya lupa,
Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya
seperti menyayangi dirinya.


Kenapa kita mesti ada sahabat?

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup
bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan
Allah itu saling perlu memerlukan. Ibarat nya tidak
diciptakan manusia itu daripada golongan Adam sahaja
tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana
sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman.
Cumanya, bergantung kepada individu berkenaan
bagaimana ciri sahabat yang diperlukan. Disini kita
sebagai muslim kenalah bijak memilih sahabat.


2. Sahabat adalah cermin diri kita,
Jika kita bersahabat dengan orang yang jahat,
Maka kita pasti dicerminkan demikian,
Jika kita bersahabat dengan orang yang soleh,
Maka kita juga pasti dicerminkan demikian,
Oleh yang demikan, pilihlah siapa sahabatmu.


3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat
yang baik (ana tak pasti samada ianya hadis atau kata-kata ulama'..renunglah;

Pilih sahabat yang baik seumpama,
Jika kita berkawan dengan pelebur besi,
Maka kita pasti mendapat percikan api,
Jika kita berkawan dengan penjual haruman,
Maka kita pasti sedikit wangian.
Dan pohonlah kepada Allah, supaya Allah mengurniakan
kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat
keredaan-Nya.

Tentang CINTA!!!

Apakah itu cinta?......Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untukmencapai kepuasan dalam cinta itu.

Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta.Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan..cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Untuk mengetahui dengan lebih dekat, kita perlulah tahu sifat-sifat cinta ;

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,daridiri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuaidan secucuk dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbalbalik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapijuga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanyakhusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi, dalam padaingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahusiapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia bolehjatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi, cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahukan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta bolehlayu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis.Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosaItulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempersona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cintaitu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagai-mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifatcinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannyadan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akanmenodai cinta itu sendiri.Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampudikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jikaanda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Apakah itu Bukti Cinta?

......Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawabukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apasaja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidakberlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semuayang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanananda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasihyang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci danselamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab -