Siapakah yang dikatakan sahabat?
Adakah perlu dia kaya dan segak,
Apakah perlu dia pandai mengambil hati,
Mestikah dia tidak mementingkan diri-sendiri,
Atau,
Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya,
Satu halatuju dan matlamat yang selari,
Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya,
Atau,
Adakah orang yang dapat gembira dan duka bersama,
Membantu bila sahabatnya kesusahan,
Atau,
Seorang sahabat ialah orang yang
Menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah.
Dia menegur apabila sahabatnya lupa,
Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya
seperti menyayangi dirinya.
Kenapa kita mesti ada sahabat?
1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup
bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan
Allah itu saling perlu memerlukan. Ibarat nya tidak
diciptakan manusia itu daripada golongan Adam sahaja
tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana
sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman.
Cumanya, bergantung kepada individu berkenaan
bagaimana ciri sahabat yang diperlukan. Disini kita
sebagai muslim kenalah bijak memilih sahabat.
2. Sahabat adalah cermin diri kita,
Jika kita bersahabat dengan orang yang jahat,
Maka kita pasti dicerminkan demikian,
Jika kita bersahabat dengan orang yang soleh,
Maka kita juga pasti dicerminkan demikian,
Oleh yang demikan, pilihlah siapa sahabatmu.
3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat
yang baik (ana tak pasti samada ianya hadis atau kata-kata ulama'..renunglah;
Pilih sahabat yang baik seumpama,
Jika kita berkawan dengan pelebur besi,
Maka kita pasti mendapat percikan api,
Jika kita berkawan dengan penjual haruman,
Maka kita pasti sedikit wangian.
Dan pohonlah kepada Allah, supaya Allah mengurniakan
kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat
keredaan-Nya.
Ahad, 26 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan