Firman Allah bermaksud: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat seperti (memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama).Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surahan-Nisa’, ayat 86) Dari mana datangnya cinta, kalau tak dari mata turun kehati. Maka hati juga tempat simpannya rasa cinta. Allah pernah menyuruh seorang hamba kalangan nabi mencipta satu barang lalu setelah siap pembikinan nya Allah suruh pecahkan pula. Lalu si hamba itu tidak mau memecahkannya kerana telah bersungguh-sungguh ia mereka bentuk lalu mau dipecahkan. Maka Allah nyatakan...begitu juga Allah telah mencipta bumi dan makhluk ini...apakah Allah tiada cintakan hasil ciptaan nya. Sebab itu Allah tanamkan dan ajarkan erti cinta itu kepada sesama manusia agar kenal cinta kepada Allah.
Bicara Kehidupan
ORANG yang berjaya biasanya orang yang mengutamakan disiplin. Sama ada pemimpin, usahawan dan pelajar semuanya memerlukan disiplin diri untuk berjaya. Tanpa disiplin diri, cita-cita atau wawasan sehebat manapun akan gagal. Dunia hari ini melihat kepada kejayaan dan asas kejayaan itu ialah diri yang kuat.Bak kata pepatah: `Melentur buluh biar daripada rebungnya'
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
"GAGAL mencapai tahap membanggakan dalam dunia kerjaya bukanlah suatu bencana, sebaliknya ia menjadi pemangkin kejayaan. Pengalaman mengajar untuk lebih bijak dan matang mengendalikan keadaan. Kita tidak akan mampu menemui kejayaan andai tidak bijak mengawal keadaan"..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
RENUNGILAH detik kematian diri kerana itulah saat paling agung dalam hidup. Kala itu, berpasang-pasang mata akan menatap jenazah kita. Pun begitu, kematian merupakan antara empat perkara yang Allah sembunyikan daripada manusia selain rezeki, jodoh dan tanah kubur. Itulah persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita. Sabar dan tabah sebenarnya tidaklah semudah kita mengeluarkan kata-kata. Hanya zikir dan doa mereda jiwa.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Masa-masa yang berlalu adalah sejarah. Kehidupan adalah hari ini. Esok belum pasti. Biar apa pun perancangannya. Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak. Bukan hakiki. Yang penting dalam hidup ini, juga suatu kewajipan, mempercayai takdir juga qada dan qadar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan